Friday, December 17, 2010

Persiapan sekolah..

Malam semalam cik akim ajak cari baju sekolah anak2 dara tu.. lepas maghrib gi seremban.. adik  je..3 pasang baju, 2 kasut,4setokin,2 tudung .. ialah baru nak naik tahun satu.. tapi yang risau ni belum terima apa2 surat.. masalahnya adik akan ke sekolah baru .. kalau bukak sekolah baru nak daftar dan orentasi.. macam mana?/ aku hari pertama tu tak boleh cuti.. kesian adik.. kan bagus kalau ada kelas orentasi sebelum naik sekolah betul2..along pulak dah naik kolej  sebelum bln januari lagi.. nampaknya kenalah suruh cik akim  uruskan adik .. tapi mahu ke dia??kita tunggu nanti ya,angah dan ide pun beli baju sorang 2 pasang dan kasut.. ide masuk tingkatan satu.. tak gi memana pun, sekolah sini je.. upsr ari tu dapat 4A1B ..ramai lagi budak 5A.. tak pelah buat je yang terbaik.. semoga semua anak2ku mendapat kesejahteraan hidup dan berjaya di masa akan datang.. bab baju dan kasut dah settel.. bab buku dan yuran pulak menanti..baju dan kasut dah habis Rm 400...

No comments:

Post a Comment