Friday, December 17, 2010

Persiapan sekolah..

Malam semalam cik akim ajak cari baju sekolah anak2 dara tu.. lepas maghrib gi seremban.. adik  je..3 pasang baju, 2 kasut,4setokin,2 tudung .. ialah baru nak naik tahun satu.. tapi yang risau ni belum terima apa2 surat.. masalahnya adik akan ke sekolah baru .. kalau bukak sekolah baru nak daftar dan orentasi.. macam mana?/ aku hari pertama tu tak boleh cuti.. kesian adik.. kan bagus kalau ada kelas orentasi sebelum naik sekolah betul2..along pulak dah naik kolej  sebelum bln januari lagi.. nampaknya kenalah suruh cik akim  uruskan adik .. tapi mahu ke dia??kita tunggu nanti ya,angah dan ide pun beli baju sorang 2 pasang dan kasut.. ide masuk tingkatan satu.. tak gi memana pun, sekolah sini je.. upsr ari tu dapat 4A1B ..ramai lagi budak 5A.. tak pelah buat je yang terbaik.. semoga semua anak2ku mendapat kesejahteraan hidup dan berjaya di masa akan datang.. bab baju dan kasut dah settel.. bab buku dan yuran pulak menanti..baju dan kasut dah habis Rm 400...

Sambungan JUMUD...

Jumud.. dah tau??  aku kalau junub.. tau lah juga.. ni Jumud.. cari kamus dewan, tak jumpa lak.. entah mana2 terselit.. tapi mengikut kata En. Shamsul Kahar, PPD kanan kami.. jumud ialah.. melenyapkan sementara...Lenyap!.. abis kami ni nak buat apa?? abislah periuk nasi kami!!!itulah yang merisaukan kami,warga Guru Tabika Perpaduan ni.. macam mana nasib kami??? sapa nak bantu?/.. banyaknya persoalan yang tak terjawab!.. mengikut kata ppd kami tu .. jawatan guru tabika ni akan dibekukan.. dan diserap ke jawatan mengikut gred yang sesuai.. lagilah pening... faham!! aku tak faham, ke.. aku ni memang lambat nak faham...sementara mereka2 mencari jawatan yang sesuai sebelum diserap.. kami akan dibayar gaji mengikut hari... atau PKS..(pekerja khidmat singkat)..woi !!.. kalau tak kerja tak de gaji...2 X pening!macam mana bagi mereka2 yang telah berkerja dengan kerajaan.. atau jabatan perpaduan selama 20 tahun lebih.. gaji mereka ni melebihi Rm 1800 sebulan.. kalau gaji hari ??sehari Rm 60.. dalam sebulan paling tinggi pun 20 hari berkerja.. dapatlah Rm1200 sebulan.. macam mana tu? pulak tu semua elaun tak dapat...adoi!!!!...parah!!.. tapi aku budak baru tak terasa sangat.. tapi rasa lah juga.. kalau biasanya, tiap2 bulan boleh belanja anak2 nampaknya mulai tahun depan .. dok ontok2..dan kalau dikenakan syarat untuk diserap ke..tetap.. layakke aku??...Ok ..tak pelah kita tunggu hari Isnin ni ...Apa cerita sebenarnya!!

Pening kepala...

Pagi 15 hb , Kak Ros,call dtg pejabat sekarang !ada surat dan nak isi borang...apahal pulak ni...dengan berat hati juga... jeng2 ...pening memang pening.. dapat surat untuk semua guru yang terlibat.. seluruh malaysia tu... macam penting kan.. dalam surat tu JPA nak menjumudkan jawatan cikgu...JUMUD!.. sapa yang tau apa maksudnya?..Alamak Cik Akim dah balik!.. kena berhenti dulu.. kita cerita Jumud tu lain kali..

Tuesday, December 14, 2010

Kenangan lama...

Aku berhak menulis apa sahaja dalam blogku.. betul kan .. hari ini aku ingin menulis kisah lama yang boleh di jadikan contoh .. dulu sewaktu aku masih remaja.. aku ada seorang teman yang agak kusayangi.. tapi bila ada sesuatu kejadian.. dia meninggalkan daerah kami dan berhijrah ke KL.. tapi menurut cerita kawan2nya.. dia berteruh dengan sekumpulan pemuda dari kampung sebelah untuk membawa aku ke suatu tempat jika benar aku menjadi kekasihnya.. aneh dia menuruti nya.. tapi syukur Allah masih sayangi aku..bila dia membawaaku ke tempat yang lain seperti biasa,, aku mulai curiga?aku minta dia berhenti dan memberi kata putus .. jika dia sayangkan aku .. hantar aku ke tempat kerja ku dengan jalan yang biasa di lalui.. syukur dia masih berfikiran waras.. aku berpendapat jika dia ke sana menemui pemuda2 dari kampung sebelah dan aku satu2 nya perempuan.. boleh fikir apa yang akan terjadi.. ..sedangkan dia seorang dan di pukul...adakah dia dapat menyelamatkan aku??aku lebih rela dia pergi dari daerah kami .. dan aku tidak dapat berjumpa dengannya.. mungkin bukan jodoh kami.. aku rela asalkan maruah ku terjaga.. aku tak memalukan keluargku.. Syukur .. kemudian jodoh ku sampai dengan suami ku.. walaupun setelah 16 tahun dia muncul dengan kekayaan dan menunjukkan kemewahannya.. aku tidak menyesal .. cik akim ku tetap yang terbaik buat ku...Wahai anak2 muda.. kena ingat.. jaga nama keluarga jangan sesekali menconteng arang ke muka kedua ibubapamu..kebahagian akan datang jika kamu berbakti kepada keduanya.. sesungguhnya Allah itu Maha Adil

Sunday, December 12, 2010

Jalan-jalan...

Ahad.. cik akim ada cakap.. boring duk umah.. jadi si batu api ni...amik peranan lah..jom kita jejalan kat Melaka.. lama tak gi muzium bawak bebudak tu.. jawabnya.. BOLEH GAK..wah .. aku bila jalan ..hati berbunga riang.. oprasi pertama kerah 4 anak dara ku tu..siap kan umah, basuh baju, dan apa yang sepatutnya...kol 10.36 betolak dri umah..tpi kitaorang bukan ikut jlan biasa... entah kampung mana cik akim bawak ..masuk sana keluar sini.. macam2 nama kampung aku baca...ada Jalan Tok bidan, Jalan Tok Pawang, Jalan Harimau terjun.. dan macam2.. lagi Jalan Mengantuk pun ada..sampai Daerah Melaka dlm jam 11.30 lah pusing2 je.. pastu lepak kat Pantai Kundur.. kat Melaka.. rasanya daerah Tanjung Keling..ke depan sikit Pantai Puteri.. ok lah kat situ.. banyak pokok,boleh rehat2... ~
bentang tikar ...lepak2..Makanan??alah tak yah susah2 kita org beli je makanan ringan.. sempat lah cik akim tidur..biasa lah cik akim tu kalau nak tido.. ulur kaki.. mintak picit.. nasib baik ada 4 anak dara yang sedia berkhidmat.. kol 2 berkemas kita gi tempat lain puklak...ajak budak ni gi makan.. semua tak mau.. kenyang katanya.. jadi kita orang bergerak ke Banda Hilir..Peh.. payah bangat nak cari Parking.. dekat sejam pusing2.. ramainya orang,dah nak feduplah..lastnya dapat juga pada jam..1542 pm..panas pulaktu..kita orang terus gi kat tugu a'Famosa, pastu gi Muzium Istana Melaka.. bayar Rm 8.50.. cik akim tak ikut.. aku je dgn bebudak..pusing2 kat sejam gak dlam tu..saja je lama2 nak dengki cik akim biar dia boring tunggu.. sapa suruh tak ikut sekali.. tunggu lah ya!masa kat dalam tu ada satu family ni bawak baby(5-6 bln)baby tu nagis je.. kalau aku tu , aku takan bawak baby kecik ke temat2 macam tu.. ialah tempat tu kan macam2 ada.. budak2 boleh nampak tau.. aku yang tua ni pun seram sejuk .. meremang je.. kita tak boleh nafi kan kewujudan makhluk2 lain.. apatah lagi kat situ banyak barang2 lama..kesian baby tu..

Saturday, December 11, 2010

Apa yang patut....

Macam ni.. aku ada sorang kawan.. nak kata kawan baik tak juga .. tapi ok lah juga...dia adalah second wife.. dan madu dia pun aku kenal.. yang si pertama ni... asyik mengorek rahsia si kedua.. tpi yang si kedua ni tak de pulak nak tau cerita si pertama.. dia cuma ckap.. lantak lah.. atau ayat yg biasa aku dgar..pegi m...... tpi aku bukan jenis suka menyampaikan cerita... dan pada suatu hari ... si pertama ada cakap yang suami mereka ni nak khawin lagi satu... dan dia kata dia dah siasat .. dan sah suami dia ada makwe baru...dan yang jadi aku serbasalah... si pertama suruh aku yang cakap dgn yg kedua tu... dia tak mau cakap sendiri... dan si pertama ni cakap kalau ko kesiankan kwan ko tu.. ko cakap lah .. aku takkan cakap ....padan muka dia laki dia nak kahwin lagi... aku ada cakap bukankah laki dia yu laki ko juga.. Tu yang aku tak faham... yang baik nya diaorang ni tak delah gadoh tarik2 rambut.. dan kalau balik kg.. dua2 balik sama... entahlah...jadi patut ke aku cakap atau aku buat tak tau je...

menu hari sabtu..

ari ni first time masak selepas cuti masak selama 10 ari.. nak masak apa ya..tu yang aku fikir sejak smalam.. bil tanya penghuni umah 71 ni..macm2 menu kluar,tpi amik yang mudah je.. dasar pemalaslah pulak..ok aku akhirnya membuat keputusan bedasarkan tahap kerajinan ku sendiri.. penghuni lain blum bngun ..aku dah buat oprasi .. menu pertama.. sandwich sardin... jemput ikin bilis dan sambal kicap..pehh.. lama tak makan jemput2 ni.. spuluh ari beb.. rindu bngat tu.. tekak org melayu lah katakan..pstu terus kluarkan daging.. buat apa ya.. anak2 nak,.. bubur daging.. ala2 bubur asyurah.. bila dah siap.. sedap lah pulak.. niat awal nak kasi jiran.. tpi bila dah sedap sngat..memasing makan sampai bermangkuk2.. cencel nak sedekah.. tak patut btul.. nak membesarkan tekak sendiri jr...tapi betul2 sedap..tapi tak pasti klau buat lain kali bleh jadi sesedap mcam tu.. ialah akuni ada penyakit.. klau buat kali pertama.. pehh.. sedap dan menjadi.. tpi klau cuba buat lain kedua .. tak menjadi lah pulak.. cemplang je rasanya....CEMPLANG..tu ialah macam tak cukap rasa.. ada je yg kurang.. yg senang nya.. kurang sedapa gitu...

Baru nak belajar..

baru bukak blog... ialah dari tak tau apa2..aku cuba dgn bantuan anak dara..tapi apa nak cerita???entah apa ajae.. lah.aku baru balik dari krusus..selama sepuluh hari.. lama tu.. kat kl je..apa yang aku nak cerita ialah bila kita yang separuh umur ni gi krusus..jlan dgn kekawan.. makan dgn kekawan.. blajar dgn kekawan.. perangai bukan kita yang biasa.. klau tengok balik.. geli pun ada..ialah klau cikgu tu lelaki.. ramai antara kita klau cakap tu lebih kpd lucah..serong je maksudnya.. rasanya klau anak2 kita yg buat mcam tu .. sure kita cakap tak senonoh.. memalukan.. entah lah dan kalau org lain tengok psti dia orang gelang kepala...sampai malam perpisahan ada nyanyi2 dan yang terlebih tu siap berjoget..woi kawan ingat lah kita ada adat dan keluarga yang pastinya kita tak mau mereka macam tu..rasanya klau dgn suami ..tak de adagen macam tu.. melampau betul.. masalah nya kalau buat mcam tu anak dara tak pe.. ni mak orang yang berumur 35 -50.. apa cerita...sorry lah kalau ada yang terasa hati dan menguris hati..aku pun bukan nya sempurna.. sama-sama lah kita ingat megingati...