Monday, January 31, 2011

Kejadian Sabtu...

Sabtu 29hb , aku di kehandaki membawa 5 orang muridku pertandingan mewarna di Sekolah Menangah Sedia Raja.. seawal 7.45 aku telah berada di sana sementara ibubapa menghantar anak-anak mereka.. biasa lah tu kerja seorang cikgu tadika.. acara berlangsung selama sejam .. alahamdulilah  2 muridku termasuk didalam 10 yang terbaik..tapi.. cik akim kerja .. sapa nak ambil aku balik.. jadi aku terpaksa panggil teksi.. dan di hadapan sekolah itu akan di adakan pecutan bagi acara LTDL 2011.. ramai sangat orang.. tiba-tiba angah telefon, mengatakan bahawa cik akim hendak membawa mereka ke Kuala Pilah.. "ala.. Tunggulah.. nak ikut.."kata ku , "dah terlepaslah" kata cik akim.. Alah saja lah tu tak nak bawak aku sekali..sejam berlalu.. taksemena-mena aku terasa sesuatu dan ingin bertanya tentang bebudak tu.. "budak2 tu ada tu.."kata cik akim.. , taklama lepas tu cik akim call semula,boleh datang sini tak?, minta tolohg dengan cik ita .. amik bebudak ni.. accident lah!Alamak!!( semasa aku call tu, ...kejadian baru belaku.. tak sampai 2 minit...hebat juga akuni kan?.. dapat rasa lah.. ), maka aku dan cik ita pun bergegas ke ulu bendul.. amik bebudak tu dalam hujan..Moral of the story.. isteri jangan di kebelakangkan...teruk juga keadaan si hitam NBV tu.. lastnya.. NBV kena masuk Wad.. lagi lah  payah.. tak de kenderaan.. sapa ada kereta ke?, atau lori ke.. atau apa sahaja kenderaan yang terlebih.. tapi setelah berbincang.. (ya ke..? bincang)maka telefon cik man untuk pinjam kereta.. cik man adalah abang cik akim.. selesai satu masalah...Alahamdulilah .. kena buat bubur putih bubur merah.ni...(sebelum di tanya dek makji leha)sebagai tanda kesyukuran.. semua selamat..

Thursday, January 27, 2011

Sibuk...

Lama sungguh tak menulis .. sebenarnya banyak benda yang nak di keluarkan.. tapi dek kesibukkan awal tahun.. maka segala yang terbuku di hati, terbiar sepi..terubat sendiri..ahh. perasaan kalau di layan akan merosakkan diri...biarkan..ia akan pergi di bawa waktu.. itu lah aku... aku sememangnya seorang yang tak suka memikirkan sangat masalah , atau perasaan tak puashati, atau pun segala hal2 remeh temeh...malas buat semak kepala je..macam .. tuari aku ada tak puashati dgn sorang ni..kalau nak kutuk aku misti pada masa ramai orang.. macam bagus je.. jam tu lah dia cakap aku itu lah ini lah.. aku marah... tapi bila aku fikir balik.. biar lah kalau aku masam muka dgn dia .. apa feadahnya.. orang sekeliling akan tau juga perangai dia ni..biar lah ALLAH maha adil kan??...oh ya sempena cuti Keputeraan Yam Dipetuan Besar NS dua minggu lepas.. kami betolak ke Tanjung Piai.. menghadiri Bengkel Kecemerlangan.. cemerlang sangatlah...,Adoi!.. penat...sangat.. sebab jauh... bukan tak pernah ke Pontian tu.. tapi biasa gi Pontian dari Airhitam.. ni dari Rembau.. terasa sangat jauhnya...mana taknya keluar rumah kol 8.00pagi.. sampai Tanjung Piai ...jam 4.30ptg..mula2 amik cikgu2 Tampin.. pastu ke Gemas.. amik cikgu2 Gemas.. masuk ke Highway Plus.. Tangkak melalui Pekan Jementah dan Pekan Tangkak..singgah Hentian Macap untuk makan tengahari.. masuk tol Simpang Rengam.. untuk ke Pontian.. beberapa kali salah jalan.. entah lah mengikut kata kekawan.. ketulahan.. sbab lari dari Negeri Sembilan semasa keputeraan Yam Dipetuan Besar.. betul ke??tak pe aku bukan rakyat NS aku cuma menumpang je.. aku tak kena ketulahan tu..best lah tmpat tu..yang seronoknya ialah masa balik .. singgah Air Hitam ... Kampungku..tapi tak dpat balik umah.... jadi aku suruh Moksu datang .. bukan taknak singgah kejap.. tapi sebab ari tu.. hujan, pastu berhenti cuma 1 jam sahaja.. taulah aku.. bila beborak karang tak ingat masa.. aku takut bas kena tunggu aku plak.. tak pelah.. ajak moksu untuk kirim sesuatu kat Tok Ya(mak aku)..dan yang bestnya lagi dapat jumpa kawan sekolah Juraidah si kembor.... borak lagi... betolah dari Air hitam jam 5.45 ptg.. sampai umah jam 10.30mlam..Letih mak!

Sunday, January 9, 2011

Ke Klang..

Semalam ke Klang tak de dalam perancangan pun.. sepatutnya anak Mak Aji Leha yang bungsu tu datang ambil.. tapi di sebabkan beliau ni ada kelas , maka cik akim memutuskan untuk antar makji leha ni ke klang...sampai.. terus ke kilang tmpat anak makji leha yang bungsu nisedang sibuk dengan pelajar2nya..ialah chef tu tengah mengajar membuat nasi baryani gam.. lupa lak nak bagi tahu,anak makji leha yang bungsu ni adalah seorang Chef terkenal di Malaysia.. Sifu Choklat..CHEF AMEER.. kenal ??kalau tngok kat saji blan januari 2011 ni adalah dia antara 9 chef terkenal di malaysia gitu.. dapat lah tengok macammana beliau mengandalikan kelasnya.. memang best.. rasanya mcam nak ikut serta je di lain kelas.. tapi sapa nak sponsor aku.. lagi pun sapa nak anto??Alasan kan tapi aku tau lah sikit memasak ni .. sikit2 aje.. untuk keluarga bleh lah.. ialah aku dan cik akim pernah masak untuk kenduri.. setakat 150 orang lah.. itu lah pencapaian tertinggi aku dalam memasak ni.. blum lulus .. kalau ikut starndat mak ji leha..Kalau kat umah makji leha ni aku setakat kupas bawang lada dan penyediaan bahan termasuk kisar mengisar.. ialah ramai anak2 makji leha ni yang pakar.. jadi siapa lah aku.. tak dapat sijil lagi nak pegang senduk..tapi aku suka je.. ialah senang sikit kejo nya.. kat umah makji leha ni.. masa aku mula2 masuk dulu banyak sungguh peraturan2 yang telah di tetapkan.. tak boleh itu, kena macam ni dan bebagai lagi yang di ingatkan oleh cik akim .. antarnya...selagi makji leha kat dapur , jangan duduk depan...jadi dulu masa anak kecik2 kalau aku kat dapur akim akan uruskan anak2,dan kalau aku urus kan anak.. cthnya anak nak mandi ke, nak susu ke, anak berak ke, maka akim akan mengantikan aku di dapur..dan untuk pengtahuan semua.. aku kena pakai baju kurung sepasang..macam nak pegi kerja tu..sambil buat kerja kat dapur..perinsipnya.. biar kat dapur sekalipun.. mesti kelihatan cantik dan kemas.. tapi.. setelah 20 tahun ni .. alah tegal dek biasa...