Sunday, January 9, 2011

Ke Klang..

Semalam ke Klang tak de dalam perancangan pun.. sepatutnya anak Mak Aji Leha yang bungsu tu datang ambil.. tapi di sebabkan beliau ni ada kelas , maka cik akim memutuskan untuk antar makji leha ni ke klang...sampai.. terus ke kilang tmpat anak makji leha yang bungsu nisedang sibuk dengan pelajar2nya..ialah chef tu tengah mengajar membuat nasi baryani gam.. lupa lak nak bagi tahu,anak makji leha yang bungsu ni adalah seorang Chef terkenal di Malaysia.. Sifu Choklat..CHEF AMEER.. kenal ??kalau tngok kat saji blan januari 2011 ni adalah dia antara 9 chef terkenal di malaysia gitu.. dapat lah tengok macammana beliau mengandalikan kelasnya.. memang best.. rasanya mcam nak ikut serta je di lain kelas.. tapi sapa nak sponsor aku.. lagi pun sapa nak anto??Alasan kan tapi aku tau lah sikit memasak ni .. sikit2 aje.. untuk keluarga bleh lah.. ialah aku dan cik akim pernah masak untuk kenduri.. setakat 150 orang lah.. itu lah pencapaian tertinggi aku dalam memasak ni.. blum lulus .. kalau ikut starndat mak ji leha..Kalau kat umah makji leha ni aku setakat kupas bawang lada dan penyediaan bahan termasuk kisar mengisar.. ialah ramai anak2 makji leha ni yang pakar.. jadi siapa lah aku.. tak dapat sijil lagi nak pegang senduk..tapi aku suka je.. ialah senang sikit kejo nya.. kat umah makji leha ni.. masa aku mula2 masuk dulu banyak sungguh peraturan2 yang telah di tetapkan.. tak boleh itu, kena macam ni dan bebagai lagi yang di ingatkan oleh cik akim .. antarnya...selagi makji leha kat dapur , jangan duduk depan...jadi dulu masa anak kecik2 kalau aku kat dapur akim akan uruskan anak2,dan kalau aku urus kan anak.. cthnya anak nak mandi ke, nak susu ke, anak berak ke, maka akim akan mengantikan aku di dapur..dan untuk pengtahuan semua.. aku kena pakai baju kurung sepasang..macam nak pegi kerja tu..sambil buat kerja kat dapur..perinsipnya.. biar kat dapur sekalipun.. mesti kelihatan cantik dan kemas.. tapi.. setelah 20 tahun ni .. alah tegal dek biasa...

No comments:

Post a Comment