Tuesday, December 14, 2010

Kenangan lama...

Aku berhak menulis apa sahaja dalam blogku.. betul kan .. hari ini aku ingin menulis kisah lama yang boleh di jadikan contoh .. dulu sewaktu aku masih remaja.. aku ada seorang teman yang agak kusayangi.. tapi bila ada sesuatu kejadian.. dia meninggalkan daerah kami dan berhijrah ke KL.. tapi menurut cerita kawan2nya.. dia berteruh dengan sekumpulan pemuda dari kampung sebelah untuk membawa aku ke suatu tempat jika benar aku menjadi kekasihnya.. aneh dia menuruti nya.. tapi syukur Allah masih sayangi aku..bila dia membawaaku ke tempat yang lain seperti biasa,, aku mulai curiga?aku minta dia berhenti dan memberi kata putus .. jika dia sayangkan aku .. hantar aku ke tempat kerja ku dengan jalan yang biasa di lalui.. syukur dia masih berfikiran waras.. aku berpendapat jika dia ke sana menemui pemuda2 dari kampung sebelah dan aku satu2 nya perempuan.. boleh fikir apa yang akan terjadi.. ..sedangkan dia seorang dan di pukul...adakah dia dapat menyelamatkan aku??aku lebih rela dia pergi dari daerah kami .. dan aku tidak dapat berjumpa dengannya.. mungkin bukan jodoh kami.. aku rela asalkan maruah ku terjaga.. aku tak memalukan keluargku.. Syukur .. kemudian jodoh ku sampai dengan suami ku.. walaupun setelah 16 tahun dia muncul dengan kekayaan dan menunjukkan kemewahannya.. aku tidak menyesal .. cik akim ku tetap yang terbaik buat ku...Wahai anak2 muda.. kena ingat.. jaga nama keluarga jangan sesekali menconteng arang ke muka kedua ibubapamu..kebahagian akan datang jika kamu berbakti kepada keduanya.. sesungguhnya Allah itu Maha Adil

No comments:

Post a Comment